About Us

Azam Perkasa Resources ditubuhkan pada tahun 2009, seiring dengan permintaan tinggi terhadap peralatan keperluan taska , tadika & prasekolah Azam Perkasa Resources dinaiktaraf menjadi sebuah syarikat Sendirian Berhad.Azam Perkasa Resources Sdn Bhd secara rasminya ditubuhkan pada 16 Mac 2016 oleh 5 orang “Shareholders” yang rata –rata berpengalaman lebih 10 tahun didalam industri ini. Beriltizam untuk bersama mengembangkan lagi perniagaan dalam bidang pembekalan alat bantuan mengajar, playground dan perabot Tadika, Taska dan Pra Sekolah, maka diwujudkan Ruang Pameran yang luas dan selesa bagi pelanggan melihat sendiri produk perkhidmatan yang ditawarkan.

Syarikat Azam Perkasa Resources Sdn Bhd kini  beroperasi di 3 tingkat bangunan di Taman Perindustrian UEP, Subang Jaya yang menempatkan 2 tingkat Pusat Pameran dan 1 tingkat pejabat pentadbiran dan operasi syarikat. 

Di ruang pameran tingkat 2, terdapat lebih 1,500 jenis produk perkhidmatan yang ditawarkan meliputi alat bantuan mengajar, playground, pakaian beragam (Costume) dan sebahagian perabot. Manakala diruang tingkat 3, menempatkan sebahagian besar perabot dan juga model perabot kelas Tadika, Taska dan Pra Sekolah.

Lokasi kami ini strategik kerana berada berhampiran kawasan Komersial, Perindustriaan dan juga Kediaman. Terletak diantara bandar utama iaitu Shah Alam, Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan dihubungi oleh sistem jalanraya dan lebuhraya utama yang baik.

 

VISI SYARIKAT

Menjadi PENERAJU UTAMA pasaran bidang pemborongan dan pembekalan alat bantuan mengajar Tadika, Taska & Pra Sekolah dalam tempoh 10 tahun.

 

MISI SYARIKAT

1.    Melantik agen / wakil jualan/ Business Partners di setiap negeri dan kawasan diseluruh Malaysia.

2.    Mewujudkan Ruang Pameran & Jualan disetiap negeri.

3.    Memastikan pembekalan barangan berterusan dan pada Harga Kompetetif.

4.    Memastikan vendor & pengeluar utama dunia menandatangani MoU “Dealership” bersama Azam Perkasa Resources Sdn Bhd.

 

 

 

Designed By alfatihstudio.com
Azam Perkasa Resources Sdn Bhd © 2017